Tinjauan Umum: Hanya 6.31% Responden Anggap AS Dapat Terus Menguasai Dunia

2022-08-11 12:46:45  CRI
Share with:

Hanya 6.31 peratus responden di seluruh dunia menganggap Amerika Syarikat (AS) dapat terus menguasai dunia, menurut satu tinjauan umum baru-baru ini.

Tinjauan umum global itu dijalankan bersama oleh kumpulan pemikir Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) dan Institut Tadbir Urus Negara dan Pendapat Awam di Universiti Renmin China terhadap responden dari 22 buah negara termasuk negara-negara maju seperti AS, Britain, Perancis, Jerman, Kanada, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, Singapura, serta negara-negara membangun yang melibatkan Brazil, Argentina, Mexico, Thailand, India, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu, Mesir, Nigeria, Kenya dan Afrika Selatan.

Kebanyakan responden mempunyai rasa pengiktirafan terhadap fahaman China berhubung hak asasi manusia, menurut tinjauan itu.

Sebanyak 57.36 peratus responden bersetuju dengan pandangan “China selalu mengambil kira hak asasi manusia secara realistik dan praktikal. Hak asasi manusia tidak boleh dipisahkan dari keadaan sebenar dan peringkat perkembangan di mana-mana negara. Hak untuk hidup dan pembangunan adalah terpenting," dan 26.46 peratus responden bersetuju sepenuhnya terhadap pandangan China tersebut.

Mengenai isu perbuatan beberapa negara maju yang mengamalkan dwistandard dan mempolitikkan hak asasi manusia, 55.99 peratus  responden  berpendapat, perbuatan seumpama itu "hanya menjadikan rakyat pelbagai negara terhambat untuk menikmati kebebasan yang lebih luas dan hak untuk hidup."

Responden dari negara-negara yang terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) menyuarakan pandangan mereka tentang pengaruh yang dibawa BRI kepada negara masing-masing, antaranya meliputi "berkongsi hasil pembangunan"(53.65 peratus), "meneroka pasaran antarabangsa" (51.54peratus), "memperkasa pertukaran kebudayaan" (43.01 peratus) dan "meningkatkan kemudahan infrastruktur " (44.47 peratus).

Hanya 8.08 peratus responden menganggap negara mereka terperangkap dalam " penjerat hutang" rekaan China.