Latihan Tentera China di Perairan Taiwan Berakhir

2022-08-11 12:00:03  CRI
Share with:

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) telah berjaya menyelesaikan pelbagai tugasan dalam latihan ketenteraan bersama kendalian Markas MedanTimur yang melibatkan pasukan pelbagai jenis di ruang laut dan udara sekitar pulau Taiwan baru-baru ini, sekaligus menguji keupayaan pertempuran bersama.

Demikian dinyatakan jurucakap Markas Medan Timur, Shi Yi pada Rabu.

Sementara itu, pasukan PLA akan terus memantau perkembangan situasi semasa di perairan Selat Taiwan, meneruskan latihan dan persiapan, dan melakukan rondaan rutin untuk membela kedaulatan negara dan keutuhan wilayah.