Bersatu-padu dan Bekerjasama untuk Galakkan Pembangunan

2022-08-12 15:19:31  CRI
Share with:

Baru-baru ini, menteri luar dari China dan pelbagai negara ASEAN berhimpun di Phnom Penh mengeluarkan suara untuk mewujudkan kedamaian, membangun bersama-sama dan menggalakkan kestabilan sekali gus membuat persiapan politik bagi siri sidang pemimpin kerjasama Asia Timur yang bakal diadakan menjelang penghujung tahun ini. Demikian dinyatakan Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi ketika diwawancara oleh media domestik semalam.

Wang Yi menyatakan bahawa memelihara kedamian dan keselamatan kawasan perairan Laut China Selatan selaras dengan kepentingan pelbagai pihak. Sejak sekian lama, pelbagai pihak yang berkepentingan  bertindak sederhana menangani isu Laut China Selatan dan mengawal perselisihan dengan berkesan sehingga situasi keseluruhan kawasan itu kekal stabil dan terwujud suasana yang baik dalam perkembangan hubungan China-ASEAN.

China dan negara ASEAN telah menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) pada tahun 2002. Dalam Sidang Menteri Luar China dan ASEAN kali ini, para pemimpin bersepakat mengadakan aktiviti peringatan ulang tahun ke-20 tercapainya dokumen itu dan bersetuju memulihkan rundingan mengenai Kod Tata Laku (CoC) di Laut China Selatan supaya rundingan itu mencapai hasil baharu menjelang penghujung tahun ini.

Ketika menyebut isu mengenai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi melawat Taiwan China, Wang Yi berkata bahawa beliau sudah menerangkan fakta yang berkaitan dan pendirian China sempena menghadiri sidang tersebut dan lawatannya ke beberapa negara sebelum ini.

Menurut beliau, perjuangan China yang adil dan munasabah telah mendapat sokongan yang menyeluruh dari banyak negara termasuk Malaysia, Indonesia, Rusia, Kemboja, Laos, Brunei Darussalam, Vietnam, Singapura, Bangladesh, Greece, Turkiye dan New Zealand. Menteri Luar ASEAN mengeluarkan satu kenyataan yang menekankan lagi untuk memegang dasar Satu China dan menyeru agar prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dikekelkan.

Kertas putih “Masalah Taiwan dan Usaha Penyatuan China Era Baharu” yang dikeluarkan kerajaan China menyatakan bahawa berbanding tempoh masa mana-mana pun dalam sejarah silam, tempoh masa sekarang ini lebih dekat dan China lebih berkeyakindan dan berkemampuan untuk merealisasikan sasaran penyatuan semula tanah air. China bersedia bersama-sama dengan kawan-kawan yang mencintai kedamaian dan memegang keadilan untuk mengekalkan pelaksanaan dasar Satu China, dan memelihara prinsip Piagam PBB serta kestabilan dan keamanan dunia.