Mesin Bantu Tingkat Kecekapan Kerja Tanaman Kapas di Xinjiang

2022-08-12 12:31:28  cri
Share with:

Aimaier Aizezi merupakan penduduk di kaunti Shaya, kawasan Aksu, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang iaitu kawasan pengeluaran kapas yang penting di China.

Keluarga Aimaier telah menanam kapas selama lebih daripada 20 tahun.

Pada tahun-tahun awal, penanaman kapas sangat bergantung kepada tenaga manusia.

Namun, kini kerja-kerja tersebut sudah diambil alih oleh mesin, dan kecekapan kerja serta pendapatan keluarga Aimaier turut meningkat dengan ketara.

"Kapas kami terjual dengan baik, dan keluarga juga dapat hidup dengan baik.

“Pada musim penuaian kapas tahun lepas, dua mesin pemetik kapas saya dapat menuai kira-kira 533 hektar kapas dan selepas ditolak kos penggunaan mesin serta gaji kakitangan, keuntungan dari setiap mesin mencecah kira-kira 800,000 yuan," kata Aimaier.