Kereta Api China, Salah Satu Jenama Menyerlah dalam Pelaksanaan BRI

2022-08-12 14:24:04  CRI
Share with:

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, eksport kereta api buatan China semakin rancak sehingga merangkumi benua Asia, Eropah, Amerika Utara dan Afrika. Jenama yang menyerlah dalam pembinaan “Inisiatif Jalur dan Laluan” (BRI) dan kerjasama kapasiti industri antarabangsa ini, juga menjadi sumbangan China kepada usaha pembangunan global.

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam ketika menjawab soalan berkenaan.


Wang berkata, landasan kereta api Mombasa-Nairobi (SGR) berperanan sebagai penggerak kuat bagi pembangunan sosioekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat Kenya. Dalam tempoh 5 tahun lalu sejak laluan kereta api tersebut beroperasi, ia sudah mendapat sambutan hangat dari rakyat negara itu, terbukti dengan 90% tiketnya selesai dijual secara puratanya.


Menurut statistik peringkat awal, kadar sumbangan laluan tersebut terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula melampaui 2%, manakala ia masih berkaitan dengan 50 ribu peluang pekerjaan di Kenya dan latihan serta pendidikan untuk lebih 1,700 bakat profesional yang berkaliber dalam bidang teknologi dan pengendalian.

Presiden Kenya, Kenyatta pernah mengulas bahawa SGR telah membawa peluang pekerjaan dan harapan, beserta kemakmuran pembangunan kepada rakyat Kenya.


Selain itu, melalui pembinaan landasan kereta api China-Laos, sebanyak 11 ribu peluang pekerjaan telah dicipta, lebuh raya dan saluran aliran air hampir 2,000 km telah selesai dibina, dan bahan pembinaan tempatan yang bernilai RMB5.1 bilion (RM3.36 bilion) lebih telah dijual.


Menurut Wang, China telah membawa produk, teknologi dan perkhidmatan ke negara-negara terbabit dalam pelaksanaan projek baik landasan kereta api Tanzania-Zambia (TAZARA), SGR, Chin-Laos, mahupun landasan kereta api Hungry-Serbia dan Jakarta-Bandung, dan  membantu mereka menerokai lebih banyak peluang pembangunan. Wang menekankan pihak China akan terus bersama-sama pelbagai pihak lain untuk mendorong pembangunan BRI ke arah berkualiti tinggi dan memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran bersama.