China Bantah Ucapan Menteri Luar Britain mengenai Isu Taiwan

2022-08-12 15:09:39  CRI
Share with:

China melontarkan bantahan yang tajam terhadap Britain yang membolak-balikkan fakta dan menuding jari terhadap langkah China yang munasabah, wajar dan sah dalam memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah. 

Menurut laporan berkenaan, Menteri Luar Britain, Liz Truss pada Rabu lalu menyebut bahawa Britain dan rakannya sudah melalui kenyataan menteri luar Kumpulan Tujuh Negara, mengeluarkan bantahan paling hebat kepada China yang dikatakannya sudah mengambil tindakan meruncingkan ketegangan situasi Selat Taiwan. Britain menggesa China menyelesaikan perselisihan secara damai, mengelakkan penggunaan cara mengancam, kekerasan atau memaksa.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) barulah yang menjalankan provokasi dan mencipta krisis, manakala pihak berkuasa Taiwan menjadi subahatnya dalam mengejar “kemerdekaan bergantung pada sokongan AS”. Tindakan China untuk memelihara keutuhan wilayah dan menentang plot perpecahan negara adalah munasabah, wajar dan sah.

“Britain memilih menutup mata terhadap provokasi dan pencabulan kedaulatan negara lain yang dijalankan AS, tetapi menuding jari ke China yang bertindak balas bagi membela keadilan. Terdedahlah hipokrasi Britiain. Kalau benar-benar mahu memberikan perhatian terhadap keamaan Selat Taiwan, Britain sepatutnya mengutuk AS dan pihak berkuasa Taiwan.” Kata Wang.

Wang menekankan lagi, isu Taiwan adalah urusan dalaman China, kedua-dua pantai Selat Taiwan pasti akan disatukan semula dalam proses memperjuangkan kebangkitan nusa dan bangsa China, dan sesiapa pun tidak dapat menghalang arus sejarah itu.