Kisah Zhu Hongmei dan Buah Goji

2022-08-12 13:03:15  CRI
Share with:

Zhu Hongmei, berasal dari provinsi Hunan, kini telah menetap di wilayah Xinjiang selama sepuluh tahun sejak terlibat dalam perniagaan wolfberry yang turut dikenali sebagai goji.


Pada 2013, Zhu yang baru lulus dari universiti buat kali pertama merasai goji tempatan ketika melancong di Xinjiang dan teruja dengan rasa buah tersebut yang begitu istimewa.


Selepas itu, beliau sekali lagi pergi ke kaunti Jinghe, Xinjiang dan membuka kedai yang khusus menjual buah kering Xinjiang.


Pada 2015, Zhu meniti cara perniagaan baharu dengan mod “e-dagang + kerjasama komuniti + petani” dan menubuhkan jenama buah goji kering yang hijau dan organik.


Pada 2017 pula, beliau menubuhkan kilang pemprosesan makanan yang khusus memproses produk-produk kreatif berteraskan goji seperti gula goji, bubur goji dan teh goji.


Bagi Zhu, pelbagai jenis dasar keutamaan cukai telah banyak memanfaatkan syarikatnya dan menyuntik keyakinan kepadanya untuk meneruskan usaha mempromosikan goji Xinjiang ke seluruh negara. 


Pada dua tahun ini, beliau mula menjual goji di platform Douyin (TikTok China).


Pengikut Zhu kini mencatat lebih 120 ribu dari hanya 300 orang pada mulanya.


Sekarang, nilai jualan syarikatnya mencatat RMB4 juta (RM2.63 juta) setahun, sekali gus mendapat jalan baharu untuk mempromosikan buah goji Xinjiang ke seluruh negara.