China Sentiasa Mainkan Peranan Konstruktif dalam Dunia Arab

2022-08-13 13:30:40  CRI
Share with:

Menurut laporan "Newsweek" AS pada 10 Ogos lalu, sebuah tinjauan anjuran "Barometer Arab", portal penyelidikan bebas milik Universiti Princeton Amerika Syarikat (AS) yang dijalankan berdasarkan data dari Oktober 2021 hingga April 2022 di Iraq, Jordan, Lubnan , Libya, Mauritania, Maghribi, Palestin, Tunisia dan Sudan menunjukkan bahawa China mendahului AS pada aspek mendapat sambutan baik di kalangan rakyat negara Arab. Petugas yang bertanggungjawab terhadap tinjauan itu menyatakan bahawa seluruh rantau negara Arab menjadi semakin relevan dalam pembangunan ekonomi melalui pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China.

Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam menyatakan bahawa beliau sedikit pun tidak berasa heran tentang keputusan tinjauan itu, kerana China sentiasa memegang prinsip-prinsip seperti tidak melakukan campur tangan terhadap urusan dalaman negara lain, saling menghormati dan menguntungkan serta mengejari pencapaian yang sama menang.

China sudi terus memainkan peranan yang konstruktif dalam Dunia Arab, dan bersedia membangun bersama-sama dengan rakan negara Arab, memelihara kedamaian dan kestabilan rantau Asia Barat, mendorong kerjasama substantif dalam pelbagai bidang demi kesejahteraan rakyat di samping menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada usaha membela amalan multilateralisme dan keadilan antarabangsa.