AS Didesak Ambil Iktibar daripada Peperangan Afghanistan

2022-08-13 16:14:54  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar semalam mendesak Amerika Syarikat (AS) agar mengambil iktibar, mengakui kesalahannya dan menjalankan tindakan hakiki bagi mengubati trauma rakyat Afghanistan.

Menurut laporan berkenaan, lebih 70 orang ahli ekonomi dan sarjana bidang lain telah mengirim surat kepada Presiden AS, Joe Biden dan Setiausaha Perbendeharaan, Janet L. Yellen untuk mengkritik perintah kerajaan AS yang membahagikan aset pertukaran mata wang asing milik Bank Pusat Afghanistan yang bernilai USD7 bilion (RM31 bilion) yang dibeku oleh pihak AS kepada dua bahagian, di samping menyeru AS memulangkan segala aset itu kepada Afghanistan.

Wang berkata, surat terbuka itu menunjukkan bahawa perbuatan AS yang merampas rizab pertukaran mata wang asing Afghanistan merupakan punca utama yang menyebabkan keruntuhan ekonomi negara itu. Selain itu, perbuatan AS yang membahagikan aset itu kepada dua bahagian dilihat kurang pertimbangan dan tidak betul, dan dijangka akan menjadikan proses pemulihan ekonomi Afghanistan terjejas teruk.

Menurut Wang, “pengubahsuaian paksa” yang dilakukan oleh AS terhadap Afghanistan selama hampir 20 tahun lalu terbukti bukan sahaja gagal membantu rakyat negara itu keluar dari belenggu kemiskinan dan pergolakan, malah memburukkan krisis kehidupan rakyat dan pembangunan negara.

Walaupun tentera AS telah mengundur dari Afghanistan, namun jenayah yang dilakukan AS di negara itu masih diteruskan. Kesengsaraan rakyat Afghanistan tidak berkesudahan jika AS tidak menghentikan tindakan menghantui negara itu.