Pesta Perfileman Antarabangsa Beijing Ke-12 Dirasmikan

2022-08-13 15:41:23  CRI
Share with:

Pesta Perfileman Antarabangsa Beijing Ke-12 telah dirasmikan di Pusat Pameran Antarabangsa Yanqihu, Beijing pada Sabtu.

Dalam majlis perasmian berkenaan, Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti China merangkap Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong berkata, terdapat empat pesta filem anjuran CMG dengan bandar Beijing, Shanghai, Changchun dan Hainan yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pesta Filem Beijing menunjukkan pesona istimewa dengan gaya nostalgia dan semakin berprestij di arena antarabangsa.

"Anugerah Tiantan", anugerah utama yang tersedia dalam Pesta Filem Beijing 2022 akan menjadi rebutan bagi 1,450 judul filem dari seluruh dunia. Angka itu melambung 63% berbanding tahun lalu, dan 1,193 judul  antaranya adalah hasilan dari 88 buah negara dan rantau.