Surat Tahniah Xi kepada Persidangan Masyarakat Antarabangsa bagi Laksanakan Inisiatif Pembangunan Global

2022-08-13 15:36:15  CRI
Share with:

Berdepan dengan kesukaran dan cabaran, semua negara diharap memperkukuh keyakinan, menangkis wabak COVID-19, mengusahakan pembangunan, melaksanakan Agenda Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 2030, agar menyejahterakan rakyat dan menyambut masa depan yang bertambah cerah.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam surat tahniahnya kepada Persidangan Masyarakat Antabangsa bagi Melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global pada Jumaat.

Xi berkata, masyarakat antarabangsa diharap mengumpulkan persepakatan menggalakkan pembangunan, menyediakan persekitaran antarabangsa yang kondusif bagi pembangunan, memupuk penjana baharu pembangunan global, dan bersama-sama membentuk perkongsian pembangunan global.

“Saya percaya, masyarakat antarabangsa akan memperkukuh dasar yang lebih kuat bagi melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global di kalangan rakyat. China bersedia berganding bahu dengan pelbagai pihak, mendorong pelaksanaan agenda berkenaan, dan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan pada era pembangunan yang baharu yang sama makmur dan maju,” kata beliau.