Sejarah Hamba Seks Tidak Boleh Dilupai

2022-08-14 15:15:31  CRI
Share with:

Sempena Hari Peringatan "Hamba Seks" Sedunia, majlis peletakan bunga telah diadakan di satu dewan pameran yang diubah suai dari bekas Rumah Hamba Seks Tentera Jepun di lorong Liji, bandar Nanjing yang juga berfungsi sebagai salah satu cawangan Dewan Peringatan Mangsa Pembunuhan Besar-besaran Nanjing dalam Perang Pencerobohan Jepun pada Ahad.

Pada tempoh tahun 1931 hingga 1945, seramai lebih 200,000 wanita China pernah dijadikan "hamba seks" secara paksa oleh tentera penceroboh Jepun. Tetapi, kuasa sayap kanan Jepun hingga sekarang masih menafikan sejarah yang penuh dengan kesengsaraan dan penderaan itu tanpa menjaga asas moral. Jumlah mangsa sistem "hamba seks" tersebut yang masih hidup dilaporkan kurang dari 20 orang pada saat ini. Kesengsaraan yang dialami mereka tidak boleh dilupai. Mereka masih menunggu pihak terbabit meminta maaf. Sejarah itu tidak boleh dilupai, sedangkan fakta yang mengerikan perlu diingati.