Bertindak Pantas Kawal Penularan COVID-19 di Hainan

2022-08-14 14:09:16  CRI
Share with:

Menurut siri arahan mengenai pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 yang dikeluarkan Presiden Xi Jinping, pihak-pihak berkenaan dituntut meningkatkan penyelarasan dalam penggunaan sumber di seluruh provinsi Hainan, dan bertindak pantas untuk mewujudkan kes jangkitan tempatan sifar seawal mungkin bagi menjamin keselamatan kesihatan rakyat serta memastikan kehidupan dan pengeluaran berjalan lancar.

Demikian dinyatakan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Naib Perdana Menteri, Sun Chunlan ketika meninjau dan membimbing kerja pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 di Hainan semalam.

Setelah menyampaikan salam dan keprihatian Presiden Xi Jinping kepada penduduk di Hainan, Sun turut menziarahi mereka yang bertugas di barisan hadapan yang melibatkan Lapangan Terbangan Antarabangsa Fenghuang di bandar Sanya, jabatan markas pencegahan dan kawalan wabak bandar Sanya, komuniti Jinjiling di daerah Tianya dan hospital sementara No.1 bandar Sanya, dan mempengerusikan sesi libat urus untuk mendengar laporan tentang penghantaran pelancong yang terkandas, operasi sistem pngendalian, kerja pencegahan dan kawalan di taman perumahan dan rawatan pesakit berkenaan. 

Sekarang terdapat 16,700 orang warga perubatan yang dikerah dari 20 buah provinsi dan bandar lain bertugas di Hainan untuk membantu memastikan kelancaran kerja kuarantin dan perubatan.