Xi Iktiraf Sumbangan Pekerja di Peringkat Akar Umbi

2022-08-14 14:47:22  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dalam surat balas kepada dua orang pekerja yang bertugas di destinasi pelancongan Huangshan di provinsi Anhui pada Sabtu, menzahirkan harapan agar mereka yang digelar sebagai ‘Orang Baik China’, terus mengamalkan nilai budi dan dermawan bagi menyebarkan tenaga positif di peringkat akar umbi.

Dalam surat kepada Li Peisheng dan Hu Xiaochun, Xi Jinping  menghargai sumbangan mereka selama bertahun-tahun dalam usaha bertungkus lumus untuk membersihkan alam sekitar di destinasi pelancongan Huangshan, khususnya dalam menjaga pokok cemara yang sudah berusia seribu tahun, dan semoga pemandangan kekal indah di destinasi pelancongan tersebut.

Xi Jinping juga mengiktiraf sumbangan "Orang Baik China" yang luar biasa yang melakar kejayaan di peringkat akar umbi . 

Beliau turut menzahirkan harapan agar kedua-dua pekerja tersebut terus mengamalkan nilai murni, menyebarkan tenaga positif yang berteraskan amalan sosialisme, dan sebagai warganegara, pekerja dan ahli keluarga yang baik menyumbang kepada kebangkitan nusa dan bangsa.

Untuk rekod, Pejabat Tamadun Pusat China menganjurkan aktiviti secara dalam talian yang bertema "Saya pilih kenalan yang berjasa baik" sejak tahun 2008. Li Peisheng dan Hu Xiaochun masing-masing terpilih sebagai "Orang Baik China" pada tahun 2012 dan 2021.