Jenayah Perang Bakteriologi Didedahkan Sarjana Jepun

2022-08-15 14:43:05  CRI
Share with:

Satu aktiviti mendedahkan jenayah perang bakteriologi yang dilakukan oleh tentera penceroboh Jepun ke atas rakyat China semasa Perang Dunia Kedua, diadakan di pusat penduduk Kanagawa, Yokohama, Jepun baru-baru ini.

Penceramah utama, Profesor Ogawa Takashi telah memberikan taklimat tentang tindakan jenayah Unit 100 yang melakukan perang bakteriologi ke atas rakyat China, kepada lebih 500 penduduk tempatan. Katanya, bukti jenayah pencerobohan tentera Jepun ialah fakta yang tidak boleh dinafikan.

Ogawa Takashi menyatakan bahawa bakteria yang dikaji dan ditanam oleh Unit 100 tentera Jepun itu merupakan bakteria pseudomallei dan antraks, yang boleh berjangkit antara manusia dengan haiwan.

Beliau menggesa pihak berkuasa Jepun dapat mengambil iktibar daripada sejarah dan mengelakkan kesalahannya daripada berulang lagi.