Ekonomi China Terus Memulih: NBS

2022-08-15 14:40:32  CRI
Share with:

Pengeluaran dan pembekalan di seluruh negara terus memulih, manakala situasi pekerjaan dan harga barangan adalah stabil pada Julai lalu. Pada masa yang sama, perdagangan luar berkembang baik, hidupanan seharian rakyat terjamin dan momentum pemulihan ekonomi adalah kuat.

Demikian dinyatkan oleh jurucakap Biro Statistik Negara (NBS) China, Fu Linghui dalam sidang akhbar pagi tadi.

Menurut beliau, jumlah import dan eksport barangan mencatat RMB3.8 trilion (RM2.5 trilion) pada Julai, meningkat 16.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepasi.

Selain itu, sebanyak 7.83 juta peluang kerja baharu ditawarkan di bandar dan pekan seluruh negara pada Januari hinga Julai lalu.