Perubahan Sungai Ibunda dalam Tempoh Sedekad

2022-08-15 17:54:02  CRI
Share with:

Sungai Kuning dan Sungai Yangtze, sungai ibunda bangsa China. Presiden Xi Jinping sentiasa cakna terhadap perlindungan dua sungai ibunda itu.

Dalam tempoh sedekad lalu, ekologi Sungai Kuning terus bertambah baik, menyaksikan gurun di sekitarnya semakin mengecil sementara kawasan hutan semakin luas.

Menurut pemantauan satelit, garis hijau ekologi Sungai Kuning telah bergerak ke hadapan sebanyak 150 kilometer dalam tempoh tersebut.

Garis hijau itu mengurangkan sedimen yang dilepaskan ke Sungai Kuning dengan purata 300 hingga 500 juta tan setiap tahun, dan mengawal sejumlah 26,800 kilometer persegi hakisan tanah di lembangan sungai berkenaan.

Pada masa sama, kualiti air keseluruhan lembangan Sungai Yangtze meningkat ke tahap baik hasil pelaksanaan langkah-langkah berkesan bagi mengurangkan sumber pencemaran serta mengukuhkan keupayaan rawatan air kumbahan bandar.

Kini, kedua-dua belah tebing Sungai Yangtze telah menjadi destinasi bersantai kepada penduduk apabila perkadaran kawasan dengan kualiti air baik direkod melebihi 97 peratus.