Biden Mahu Bertanding Pemilihan Presiden 2024

2022-08-15 13:37:57  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mahu bertanding dalam pilihan raya presiden untuk penggal keduanya pada tahun 2024, walaupun kadar sokongannya mencipta tahap paling rendah dalam sejarah.

Demikian ujar jurucakap White House, Karin Jean-Pierre pada Ahad.

Menurutnya, inflasi dan kos tinggi antara "perkara utama" yang perlu ditangani White House pada masa ini. Beliau berkata Akta Pengurangan Inflasi diyakini dapat mengatasi kesukaran ekonomi yang dihadapi rakyat negara itu.