Afghanistan Kecam Kekejaman Tentera AS

2022-08-16 14:39:09  cri
Share with:

Afghanistan mengadakan acara untuk merai ulang tahun pertama kemenangan menentang Amerika Syarikat (AS) serta sekutunya, pada Isnin.

Pegawai-pegawai kanan kerajaan sementara Afghanistan, termasuk Pemangku Perdana Menteri, Abdul Salam Hanafi dan Pemangku Menteri Luar, Amir Khan Muttaqi, menyertai acara itu dan mengutuk kekejaman tentera AS di Afghanistan.

Kerajaan sementara Afghanistan menyatakan bahawa perang Afghanistan yang dilancarkan oleh AS dengan alasan "antikeganasan" telah meragut 174,000 nyawa rakyat Afghanistan, termasuk lebih 30,000 orang awam. Selain itu, hampir satu pertiga daripada rakyat Afghanistan menjadi pelarian, dan lebih separuh rakyat menghadapi kebuluran ekstrem. 

Abdul Salam Hanafi mengatakan bahawa jenayah AS dan sekutunya menduduki Afghanistan dan membunuh rakyat Afghanistan tidak akan dilupakan.

Pada 15 Ogos 2021, kumpulan Taliban berjaya menakluk semula Kabul, dan tentera AS berundur dari Afghanistan. 15 Ogos ditetapkan sebagai hari pelepasan umum di negara itu.