Negara Membangun Harus Lantang Bersuara di Persada Dunia

2022-08-16 14:22:16  CRI
Share with:

Negara membangun harus lantang bersuara dalam hal ehwal antarabangsa, kata Menteri Luar China Wang Yi.

Beliau menyatakan, tatkala pandemik COVID-19 masih belum reda dan situasi dunia tidak menentu dengan kebangkitan semula mentaliti Perang Dingin, sifat kuat yang ditonjolkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah lebih penting berbanding masa lain.

“Sistem antarabangsa berteraskan PBB perlu ditegakkan dan order antarabangsa berdasarkan undang-undang perlu dipelihara.

“Norma asas hubungan antarabangsa berasaskan prinsip Piagam PBB juga perlu dijaga dengan baik,” katanya ketika berucap pada pertemuan maya dengan delegasi duta negara membangun dari Asia dan Afrika ke Geneva yang dijemput melawat China pada Isnin.

Wang turut menegaskan bahawa China akan sentiasa berdiri teguh di sisi negara membangun dan terus bersuara untuk negara-negara tersebut.

Menyentuh mengenai isu Taiwan, beliau mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara tersebut dari sudut sejarah sambil menegaskan pendirian Beijing adalah konsisten.

“Saat berdepan dengan provokasi secara terang-terangan, tindakan balas yang diambil kami (China) adalah diperlukan dan wajar.

“Ia merupakan hak sah untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah, sekali gus menjunjung prinsip tidak mencampuri urusan dalaman negara lain,” ujar Wang.

Rata-rata duta turut membalas dengan menyatakan sokongan padu terhadap respons munasabah China berkenaan.

Mereka bersependapat bahawa prinsip satu China yang termaktub dalam Resolusi 2758 Perhimpunan Agung PBB merupakan konsensus masyarakat antarabangsa, dan juga asas politik untuk negara lain menjalin hubungan dua hala dengan China.

Jelas mereka, Taiwan dan Xinjiang adalah sebahagian wilayah China, dan urusan dalaman China menolak daripada campur tangan luar.

Atas jemputan China, delegasi diplomat dari Sierra Leone, Lesotho, Eritrea, Zimbabwe, Iraq, Cameroon, Laos dan lain-lain turut melawat Guangdong dan Xinjiang.