Sistem Maklumat Bersasar Bantu Jayakan Kempen Basmi Kemiskinan

2022-08-16 16:40:37  CRI
Share with:

Satu pangkalan data yang lengkap dengan maklumat keluarga miskin seluruh negara telah membantu menjayakan kempen membasmi kemiskinan secara bersasar di China.

Difahamkan, sebanyak 22.8 bilion maklumat mengenai hampir 90 juta penduduk miskin direkodkan dalam sistem berkenaan sejak 2014. 

Penyakit merupakan salah satu punca utama kepada masalah kemiskinan.

Xilin, sebuah kaunti miskin peringkat negara yang terletak di kawasan pergunungan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di barat daya China.

Kerumitan lokasi geografi di situ menyebabkan penduduk tempatan yang menghidap penyakit serius tidak dapat menerima rawatan tepat pada masanya, dan Li Wenbin adalah salah seorang daripada mereka.

Pada 2017, Li yang berusia hanya 26 tahun buat masa itu terlantar di katil akibat simptom sakit bahu yang makin teruk.

Kegetiran Li turut diketahui kader pembasmi kemiskinan apabila melakukan tinjauan dari pintu ke pintu, dan dia segera dimasukkan ke dalam sistem maklumat berkenaan.

Maklumat tentang keadaan kesihatan Li kemudiannya dihantar kepada Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Untuk menghapuskan punca kemiskinan, kerajaan pusat mengerahkan 118,000 kakitangan perubatan dari 1,007 buah hospital seluruh negara ke 1,172 hospital kaunti miskin.

Pada tahun sama, pasukan perubatan Guangdong yang terlibat dalam program bantuan menyasar Guangxi menemui Li di Xilin.

Doktor mendiagnosis bahawa Li menghidap meningioma dan mesti menjalani pembedahan dengan segera.

Insurans perubatan tempatan dan dana bantuan penyakit kritikal yang disediakan Guangdong menanggung bayaran pembedahannya sebanyak puluhan ribu yuan.

Seterusnya, pasukan perubatan Guangdong menawarkan rawatan pemulihan untuk Li dan dia yang sembuh kini dapat menjalani kehidupan yang normal. 

Dalam tempoh sedekad lalu, terdapat banyak lagi pengalaman sama seperti ini, yang antara lain melibatkan usaha menghapuskan kemiskinan menerusi perindustrian, peningkatan kemahiran diri melalui latihan vokasional serta bantuan kewangan.

Pelaksanaan strategi membasmi kemiskinan secara bersasar berjaya membantu seramai 98.99 juta penduduk desa keluar dari kepompong kemiskinan dan melangkah ke masyarakat makmur sederhana.