Yiwu Penting Dalam Menjaga Kestabilan Rantaian Perindustrian Antarabangsa

2022-08-17 14:42:37  CRI
Share with:

Kereta api Yiwu-Xinjiang-Eropah ke-1000 pada tahun ini berlepas dari pelabuhan kereta api Yiwu di timur China pada pagi Selasa lalu. Kereta api yang bernombor X9017 itu membawa 100 TEU perkakasan dan keperluan harian. Barangan tersebut akan dihantar ke lima negara di Asia Tengah melalui pelabuhan Horgos, Xinjiang.

Sebagai pusat pengedaran komoditi kecil yang terbesar di dunia, sebanyak lebihg 2.1 juta jenis komoditi dihantar dari Yiwu ke lebih 230 negara dan kawasan di dunia. Bandar Yiwu mempunyai rantaian perindustrian yang lengkap dari sumber komoditi ke pengangkutan dan logistik.

Sejak gelombang baharu COVID-19 yang bermula pada 2 Ogos, Yiwu segera melancarkan pelan kecemasan untuk menjamin pengoperasian kereta api. "Pusat komoditi kecil dunia" itu menyediakan laluan pengangkutan logistik antarabangsa yang lancar dan berperanan penting bagi memelihara kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian bekalan antarabangsa.