Vaksin COVID-19 Sinopharm Dapat Pujian Diplomat Pelbagai Negara

2022-08-17 14:40:55  CRI
Share with:

China telah menyediakan lebih 2.2 dos vaksin COVID-19 kepada lebih 120 negara dan pertubuhan antarabangsa setakat ini. Di samping itu, China juga telah memindahkan teknologi atau mengadakan kerajasama pengeluaran vaksin dengan lebih 20 negara. Kapasiti pengeluaran vaksin di negara-negara terbabit mencatat 1 bilion dos setahun.

Dalam sidang taklimat yang diadakan Kumpulan Farmaseutikal Kebangsaan China (Sinopharm) pada Selasa lalu, diplomat dari pelbagai negara ke China memuji usaha China dalam kerjasama melawan wabak antarabangsa.

Duta Besar Argentina, Sabino Vaca Narvaja menyatakan bahawa ketika vaksin amat berkurang, China telah menyediakan vaksin dalam kuantiti besar kepada Argentina. Ini membantu negara itu melawan wabak dengan lebih cepat dan selamat. Bantuan China memperlihat persahabatan yang mendalam antara kedua-dua negara.

Mesir meluluskan penggunaan kecemasan vaksin tidak aktif yang dikeluarkan Sinopharm pada 2 Januari 2021 dan turut menjadi salah satu negara yang paling awal menggunakan vaksin COVID-19 di Afrika. Duta Besar Mesir, Mohamed Elbadri mengatakan, di saat dunia sedang dalam ketakutan terhadap wabak, Sinopharm mengeluarkan vaksin dan menyelamatkan nyawa. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada China." katanya. 

Duta Besar Serbia, Maja Stefanovic berkata, China merupakan negara yang paling awal menyediakan bantuan perubatan dan vaksin kepada Serbia. Hubungan persahabatan antara kedua-dua negara ditingkatkan dalam kerjasama mengatasi wabak.