Duta-duta Negara Asia dan Afrika: Taiwan dan Xinjiang Wilayah China

2022-08-17 14:28:17  cri
Share with:

Ahli Dewan Negara dan juga Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan video dengan duta-duta negara membangun dari Asia dan Afrika ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva yang melakukan lawatan ke China pada 15 Ogos.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang taklimat pada Selasa berkata, duta-duta dari Sierra Leone, Lesotho, Eritrea, Cote d'Ivoire, Zimbabwe, Iraq, Gambia, Somalia, Cameroon dan Laos ke PBB di Geneva mengadakan lawatan ke China atas jemputan pihak China. Rombongan diplomat asing itu juga akan mengadakan kunjungan ke provinsi Guangdong dan wilayah Xinjiang.

Dalam pertemuan video pada Isnin, Wang Yi menyatakan bahawa semasa Presiden China, Xi Jinping mengunjungi ibu pejabat PBB di Geneva pada 2017, beliau telah menyampaikan ucapan penting, menghuraikan matlamat dan konotasi Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan, memberikan arahan yang jelas untuk kemajuan tamadun manusia dan keamanan dunia.

Duta-duta negara membangun dari Asia dan Afrika bersependapat bahawa prinsip satu China yang termaktub dalam resolusi 2758 Perhimpunan Agung PBB merupakan konsensus masyarakat antarabangsa, dan juga asas politik untuk negara lain menjalin hubungan dua hala dengan China.

Mereka berpendapat bahawa Taiwan dan Xinjiang ialah sebahagian wilayah China, dan urusan dalaman China tidak boleh dicampuri pihak luar.