AS Digesa Patuhi Prinsip Satu China

2022-08-18 16:03:01  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa mengambil iktibar dari sejarah dan benar-benar mematuhi prinsip satu China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan pada 17 Ogos, iaitu hari ulang tahun ke-40 "Pengumuman 17 Ogos" antara China dengan Amerika Syarikat (AS).

AS dalam pengumuman tersebut telah membuat komitmen tegas bahawa pihaknya tidak akan mengamalkan dasar menjual senjata kepada Taiwan untuk jangka masa panjang. Prestasi dan kuantiti senjata yang dijualnya kepada Taiwan tidak akan melebihi tahap pembekalan pada beberapa tahun selepas terjalinnya hubungan diplomatik China-AS. Sementara itu, penjualan senjata AS kepada Taiwan akan dikurangkan sehingga diselesaikan pada muktamad.

Wang Wenbin menyatakan, sejarah membuktikan bahawa hubungan China-AS boleh berkembang lancar dan kedamaian di kawasan Selat Taiwan dapat terjamin jika prisip satu China dilaksanakan dengan baik. Tindakan menjejaskan prinsip satu China akan merosakkan hubungan China-AS serta mencabar dengan serius situasi di SelatTaiwan.