PLA akan Sertai Latihan Tentera "Oriental-2022"

2022-08-18 12:29:13  CRI
Share with:

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) akan menghantar pasukan ke Rusia untuk menyertai latihan ketenteraan "Oriental-2022" dalam masa terdekat, menurut pelan kerjasama tahunan dan konsensus bersama tentera China dan Rusia.

Turut mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan itu termasuk India, Belarus, Tajikistan, dan Mongolia.

Penyertaan China dalam latihan kali ini adalah untuk mempergiat kerjasama pragmatik antara tentera pelbagai negara, meningkatkan tahap penyelarasan dan koordinasi strategik pelbagai pihak terlibat, dan meningkatkan keupayaan untuk menangani ancaman keselamatan. Penglibatan China dalam latihan tersebut tiada kaitan dengan situasi antarabangsa dan serantau pada masa ini.