Pembinaan BRI Capai Hasil Memuaskan

2022-08-19 14:39:18  CRI
Share with:

Sejak inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dianjurkan lebih lapan tahun dahulu, China dan negara-negara berkaitan mempertahankan prinsip membincang, membina dan berkongsi bersama-sama, memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan, dan mencapai hasil yang memuaskan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang taklimat di Beijing pada Khamis.

Menurutnya, setakat 4 Julai lalu, China telah menandatangani dokumen kerjasama BRI dengan 149 negara dan 32 pertubuhan antarabangsa, menjalankan lebih 3,000 projek kerjasama dengan jumlah pelaburan mencatat USD1 trilion (RM4.47 trilion).

Sehingga akhir tahun lalu, China dan 84 negara yang terlibat inisiatif BRI menjalinkan hubungan kerjasama sains dan teknologi, memberi sokongan kepada 1,118 projek penyelidikan bersama dan membina 53 makmal bersama merangkumi bidang pertanian, tenaga baharu, kesihatan dan sebagainya.

Selain itu, kereta api China-Eropah mengekalkan trend peningkatan stabil. Kereta api China-Eropah telah menyambungkan China dengan lebih 180 bandar di lebih 20 negara Eropah.

Pada setengah tahun pertama tahun ini, jumlah pelaburan langsung bukan kewangan China kepada negara-negara terlibat BRI mencatat RMB65.03 bilion (RM40.64 bilion). Seterusnya, China akan bersama-sama pihak-pihak berkenaan mendorong pembinaan berkualiti tinggi BRI agar inisiatif itu akan mencapai hasil baharu.