China Terus Sempurnakan Fasiliti Awam Kebudayaan

2022-08-19 11:46:40  CRI
Share with:

Kerajaan China terus berusaha menyempurnakan kemudahan perkhidmatan kebudayaan awam yang meliputi bandar dan desa pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Demikian ujar naib ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Sun Yeli di Beijing, pada Khamis.

Difahamkan, setakat penghujung 2021, China mempunyai sebanyak 3,215 perpustakaan awam, 3,316 pusat kebudayaan dan 6,183 muzium.

Kesemua perpustakaan awam dan pusat kebudayaan serta kebanyakan muzium dibuka secara percuma untuk kunjungan awam.