Perancis Pertahankan Dasar Satu China

2022-08-20 16:14:11  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara, yang juga Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan perbincangan dengan Penasihat Diplomatik kepada Presiden Perancis, Emmanuel Bonne melalui telefon pada Jumaat.

Wang Yi telah menegaskan pendirian tegas China dalam isu Taiwan, di samping menyanjung tindakan pihak Perancis yang mempertahankan dasar satu China. 

Beliau menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) bersekongkol dengan kumpulan “pemisah Taiwan”, berkali-kali mengubah situasi di Selat Taiwan dan mencabar prinsip satu China. Tindakan tersebut telah menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau. 

Oleh itu, menurut Wang Yi, adalah wajar bagi pihak China untuk mengambil tindakan membela hak dan kepentingan sah diri supaya mengelakkan krisis yang lebih serius daripada berlaku.

Bonne menyatakan bahawa Perancis ingin berganding bahu dengan China untuk menangani krisis antarabangsa dan serantau pada masa ini. 

Katanya, Perancis mengambil berat hubungan perkongsian strategik komprehensif dengan China, mempertahankan dasar satu China, dan menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah China. Beliau berharap kestabilan di Selat Taiwan dapat terpelihara melalui dialog dan muafakat.