Galakkan Pembangunan Berkualiti Tinggi dalam Pendidikan Vokasional: Xi

2022-08-20 16:27:42  cri
Share with:

Pendidikan vokasional berkait rapat dengan pembangunan ekonomi dan sosial, dan amat signifikan untuk menggalakkan pekerjaan dan keusahawanan, memacu pembangunan ekonomi dan sosial, dan membaiki kesejahteraan rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam surat tahiahnya kepada Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia pada Jumaat.

Beliau berkata, China aktif mendorong pembangunan pendidikan vokasional berkualiti tinggi dan menyokong pertukaran dan kerjasama dalam pendidikan vokasional dengan negara asing.

Xi menyatakan, China bersedia berganding tangan dengan negara luar untuk meningkatkan saling belajar dan berkongsi, melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, serta memberi sumbangan untuk mempercepat pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Persidangan Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal Dunia yang bertemakan "Pembangunan Pendidikan Vokasional dan Teknikal pada Era Pasca Wabak: Perubahan Baharu, Kaedah Baharu dan Kemahiran Baharu" dirasmikan di bandar Tianjin, China pada Jumaat.