China Lancar Kumpulan Satelit Penderiaan Jauh Baharu

2022-08-20 11:54:09  CRI
Share with:

China berjaya melancarkan sekumpulan satelit penderiaan jauh baharu, iaitu Yaogan-35, menggunakan roket pembawa Long March-2D di Pusat Pelancaran Satelit Xichang pada pukul 1.37 awal pagi tadi.

Kumpulan satelit itu telah berjaya memasuki orbit yang ditetapkan.

Satelit tersebut akan digunakan dalam eksperimen saintifik, bancian wilayah dan sumber tanah, anggaran pengeluaran hasil pertanian, serta pencegahan dan pengurangan bencana.