Festival Budaya Tembok Besar Beijing 2022 Dirasmikan

2022-08-21 13:04:02  CRI
Share with:

Festival Budaya Tembok Besar Beijing 2022 yang bertemakan “Bandar Dua Olimpik, Janji Temu dengan Tembok Besar” dirasmikan di Pekan Air Gubei, Beijing pada Sabtu.

Prestasi terkini dalam perlindungan Tembok Besar turut dilancarkan dalam upacara perasmian festival tersebut.

Aktiviti utama festival tahun ini akan berlangsung hingga 28 Ogos, manakala Minggu Fotografi Antarabangsa Tembok Besar akan berlarutan hingga November nanti.