Korea Selatan, AS Lancar Latihan Tentera Besar-besaran

2022-08-22 15:05:45  CRI
Share with:

Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan latihan tentera bersama berkod ‘Eulji Freedom Shield’ bermula hari ini.

Latihan selama 11 hari itu antara tiga latihan tentera rutin tahunan yang diadakan kedua-dua negara.

Ia juga merupakan latihan tentera bersama pertama antara Korea Selatan dan AS yang skopnya melebihi peringkat rejimen sejak 2018.