Kenyataan Duta AS Perlihat Logik Hegemoni

2022-08-22 15:02:47  CRI
Share with:

Kenyataan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke China, Nicholas Burns yang memutarbelitkan fakta sekali lagi memperlihatkan logik AS yang bersifat hegemoni.

Kecaman itu dizahirkan seorang jurucakap Kementerian Luar China sebagai respons terhadap kenyataan Nicholas Burns semasa ditemu bual Rangkaian Berita Kabel (CNN) baru-baru ini.

Dalam temu bual itu, Duta AS mendakwa China memberi reaksi melampau terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi ke Taiwan, sehingga membawa ketidaktentuan kepada Selat Taiwan.

Sehubungan dengan itu, jurucakap itu berkata sebelum lawatan berkenaan dilakukan, pihak China telah mengemukakan bantahan keras kepada AS menerusi pelbagai peringkat saluran, sambil berkali-kali menegaskan keseriusan dan bahaya akibat lawatan Pelosi.

Selepas Pelosi tiba di Taiwan, Naib Menteri Luar China, Xie Feng memanggil segera Nicholas Burns untuk mengemukakan bantahan keras, dan menggesa AS mengambil tindakan praktikal bagi menghapuskan kesan buruk akibat lawatan tersebut.

Namun, AS enggan membetulkan kesalahan diri, sebaliknya melemparkan tohmahan dengan memutarbelitkan fakta, bagi menolak tanggungjawabnya atas ketegangan situasi di Selat Taiwan.