10 Anugerah Disampaikan pada BJIFF ke-12

2022-08-22 13:02:04  CRI
Share with:

Festival Filem Antarabangsa Beijing (BJIFF) ke-12 yang dianjurkan Kumpulan Media China (CMG) dengan dorongan Jabatan Pentadbiran Perfileman China melabuhkan tirainya di sini, pada Sabtu.

 

Tujuh tetamu dari dalam dan luar negera turut diundang menjadi juri bagi "Anugerah Tiantan" yang menjunjung tinggi konsep "Keharmonian antara Alam dengan Umat Manusia serta Penyatuan Matlamat Pencapaian Sesama Manusia" pada festival itu.

 

Anugerah utama itu menjadi rebutan oleh 1,450 judul filem dari seluruh dunia, dengan 1,193 judul daripadanya dihasilkan oleh 88 buah negara dan rantau di luar China, sekali gus mencipta rekod baharu.

 

Filem "The Blind Man Who Did Not Want To See Titanic" diangkat menjadi pemenang anugerah filem terbaik, dengan Teemu Nikki dianugerahi sebagai penulis skrip lakon layar terbaik dan Petri Poikolainen pula menjadi pelakon lekaki terbaik dalam filem yang sama.

 

Filem "Unrest" pula memenangi anugerah seni perfileman terbaik dan anugerah kesenian terbaik, sementara Fabien Gorgeart iaitu pengarah filem "La vraie famille" menjadi pemenang anugerah pengarah terbaik.

 

Wu Yanshu pelakon filem "Song of Spring" pula dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik, manakala Santos Choque pelakon filem "Utama" serta Sigourney Weaver iaitu pelakon dalam filem "Call Jane" masing-masing merangkul anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik dan pelakon pembantu wanita terbaik.