Hainan Ambil Langkah Tegas ke Arah Sifar COVID-19

2022-08-22 12:23:02  CRI
Share with:

Pihak berkuasa Hainan digesa supaya mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada dan mengambil langkah lebih tegas ke arah sifar COVID-19.

Gesaan itu dibuat Naib Perdana Menteri Sun Chunlan sepanjang lawatan kerja ke wilayah Hainan di selatan China bermula 13 hingga 21 Ogos.

Semasa berada di Hainan, Sun melakukan tinjauan ke Sanya, Ledong, Lingshui dan Haikou membabitkan pusat arahan pencegahan wabak, kawasan perumahan, hospital sementara dan lain-lain.

Beliau mengarahkan pihak terbabit supaya bertindak dengan efisien untuk memastikan seramai 163,000 orang pelancong yang terkandas pulang ke rumah masing-masing.

Kini, keadaan wabak di wilayah itu dikawal dengan kes jangkitan harian menurun dan rantaian penularan COVID-19 disekat sepenuhnya.