Tinjauan NBC: AS Menuju ke Arah Salah

2022-08-22 18:57:50  CRI
Share with:

Hampir tiga perempat pengundi Amerika Syarikat (AS) beranggapan bahawa negara itu sedang menuju ke arah yang salah.

Demikian menurut hasil tinjauan pendapat umum terkini yang dijalankan Syarikat Penyiaran Kebangsaan (NBC) AS.

Tinjauan berkenaan menunjukkan hanya 21 peratus pengundi AS menganggap negara itu melangkah ke arah yang betul, manakala 74 peratus memegang pandangan yang sebaliknya.

Di samping itu, 48 peratus pengundi mempunyai perasaan negatif terhadap Presiden Joe Biden.