Usaha Wujud Simbiosis Manusia, Alam Sekitar di China

2022-08-22 15:19:16  CRI
Share with:

Sebagai tasik pedalaman terbesar di China, Tasik Qinghai menyaksikan “pergelutan antara air dan pasir” dalam tempoh beberapa dekad lalu.

Gambar-gambar yang diambil satelit di angkasa memperlihatkan evolusi landskap di tasik tersebut.

Ancaman akibat hakisan tanah menjadi semakin serius di Tasik Qinghai sejak tahun 1970an, manakala titik perubahan wujud sejak tahun 2012 apabila paras air tasik tersebut mulai pulih.

Pada masa ini, keluasan permukaan air tasik itu sudah berada sama seperti keadaan pada 40 tahun yang lalu.

Ini antara bukti usaha rakyat China untuk mewujudkan simbiosis antara manusia dengan alam sekitar dalam beberapa dekad lalu.

Dalam tempoh sedekad lalu, China memperkasa usaha tersebut dengan melindungi kawasan amat penting dalam fungsi ekologi dan kawasan ekologi yang mudah terancam.

Kawasan tersebut merangkumi lima buah taman negara, 14 taman geologi peringkat dunia dan 39 taman padang rumput semula jadi peringkat kebangsaan serta 9,195 zon perlindungan semula jadi.

Selain itu,  China juga berusaha memulihara sistem aliran air sungai bagi mewujudkan ekosistem tanah lembap.

Sebagai contoh, pada 2012, pihak berkuasa bandar Lishui provinsi Zhejiang membaikpulih lebih 80 parit bagi sungai Oujiang untuk mengalirkan air ke sawah berteres.

Ikan, siput air dan serangga yang hidup bebas di sawah menjadi rantaian bekalan makanan antara satu sama lain, manakala sisa ikan pula boleh menjadi baja yang mampu menyuburkan tanah sawah.

Dalam tempoh sedekad lalu, keluasan penanaman pokok dan rumput di seluruh negara ini merekodkan 73.33 juta hektar sehingga tanah terbiar turut menjadi oasis yang menghijau.

Pada masa sama, spesies flora dan fauna yang tersenarai dalam Catalogue of Life China(CoL China)merekod 128 ribu yang meningkat sekali ganda berbanding dengan 2011.

Lebih 300 spesies flora dan fauna liar yang hampir pupus turut menyaksikan peningkatan jumlahnya.

Misalnya, jumlah kelompok keluarga haiwan seperti panda dan antelop Tibet meningkat dengan ketara, status kedua-dua spesies haiwan tersebut diturunkan daripada peringkat hampir pupus kepada peringkat mudah terancam.

Selain itu, jumlah burung Nipponia yang digelar sebagai “Batu Permata Oriental”pula meningkat kepada lebih 5,000 ekor dan rusa Pere Davids yang pernah pupus di negara ini pula mencatat 8,000 ekor.