Kemajuan Pengangkutan dalam Sedekad Lalu

2022-08-22 15:35:17  CRI
Share with:

Pada sedekad yang lalu, setiap kali cuti menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) tiba, akan terdapat berjuta-juta penduduk Guangxi yang mencari rezeki di tempat lain pulang ke kampung halamannya dengan memandu motorsikal, jaraknya amat jauh bahkan sampai beberapa ratus kilometer.

 

Namun, situasi ini tidak lagi berlaku sekarang kerana masing-masing sudah boleh menaiki kereta api berkelajuan tinggi.

 

Pada bulan Jun 2022, gelung rel padang pasir pertama di dunia yang sepanjang 2,712 kilometer, iaitu landasan kereta api Hotan-Ruoqiang beroperasi.

Pengoperasian landasan kereta api ini telah melicinkan halangan perjalanan penduduk yang tinggal di padang pasir yang luas itu.

 

Di provinsi Guizhou pula, hampir 20, 000 buah jambatan telah dibina yang melancarkan perjalanan di kawasan yang terkenal dengan bentuk muka bumi Karst ini.

 

Menurut rekod, dalam tempoh sedekad lalu, lebih 50,000 buah kampung di seluruh China telah disediakan perkhidmatan bas.

 

Serentak itu, panjang landasan kereta api di kawasan barat China telah mencecah 60,000 kilometer yang menempati 40 peratus di seluruh China.

Dalam tempoh sedekad lalu, jaringan pengangkutan telah meliputi kampung yang terpencil dan kawasan padang pasir bagi membolehkan penduduk tempatan berpeluang mengejar impian mereka.