CPPCC Bincang Dasar Pekerjaan

2022-08-23 11:52:40  CRI
Share with:

Sesi ke-23 Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan ke-13 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) membuka tirainya di Beijing pada pagi Isnin, khusus untuk membincangkan pelaksanaan dasar mengutamakan pekerjaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Wang Yang menghadiri sesi yang diadakan secara hibrid itu.

Naib Perdana Menteri, Hu Chunhua, yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dijemput menghadiri sesi tersebut dan membentangkan laporan.

Hu menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan perlu memantapkan pelaksanaan langkah-langkah berkaitan pekerjaan, bergiat dalam menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan memberikan bantuan kepada golongan tersasar.

Beliau menegaskan, usaha perlu terus diperkasakan untuk menambah baik perkhidmatan pekerjaan, melindungi hak dan kepentingan pekerja dan mencegah berlakunya risiko dalam sektor berkenaan.