CIFTIS 2022: Lebih Hijau, Lebih Berteknologi

2022-08-23 14:17:57  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 akan diadakan di Beijing secara hibrid pada 31 Ogos hingga 5 September.

Pihak penganjur dalam sidang media pagi tadi berkata, kawasan pameran CIFTIS kali ini seluas 152,000 meter persegi, iaitu 26,000 meter persegi lebih besar berbanding pameran tahun lalu.

Selain pameran perkhidmatan kewangan, pendidikan, kesihatan dan perubatan, rantaian bekalan dan perniagaan yang ada pada pameran terdahulu, pameran bertemakan perkhidmatan alam sekitar juga akan diadakan untuk memaparkan teknologi dan aplikasi baharu dalam sektor perlindungan ekologi alam sekitar dan penjimatan tenaga.

Pada masa sama, zon pengalaman metaverse akan didirikan dalam ruang pameran perkhidmatan telekomunikasi.