Xi Zahir Rasa Simpati kepada Fumio Kishida

2022-08-23 10:28:09  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menzahirkan rasa simpati kepada Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang dijangkiti COVID-19, pada Isnin.

Xi menerusi perutusannya berkata, setelah mengetahui Kishida positif COVID-19, beliau ingin menyampaikan rasa simpati kepada perdana menteri itu dan semoga beliau dapat sembuh dengan cepat.

Sempena ulang tahun ke-50 normalisasi hubungan diplomatik China-Jepun, Xi turut meluahkan kesediaan untuk bekerjasama dengan Jepun ke arah membina hubungan dua negara yang memenuhi keperluan era baharu.

Pada hari sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang juga menyampaikan rasa simpati kepada rakan sejawatnya dari Jepun itu.