Persidangan Fasa Kedua COP15 Bakal Diadakan di Kanada

2022-08-24 14:24:50  CRI
Share with:

Fasa kedua Persidangan ke-15 Pihak-pihak (COP15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) dijaual diadakan di Montreal, Kanada pada 7 hingga 19 Disember, menurut Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China dalam sesi taklimat Selasa.

Dimaklumkan, pelbagai pihak menumpukan kepada "Rangka Kerja Biodiversiti Global Pasca 2020" yang dijangka diluluskan dalam persidangan kali ini.

China akan terus bertindak sebagai peneraju dalam menyelaraskan topik dan agenda utama dengan semua pihak untuk memastikan penyertaan seluas-luasnya, sekali gus menggalakkan pembinaan sistem tadbir urus biodiversiti global yang bercita-cita, pragmatik dan seimbang pasca 2020.