Sedekad Transformasi Bahagian Tengah dan Barat China

2022-08-24 13:58:41  CRI
Share with:

Menurut statistik entiti pasaran yang berdaftar di 338 buah bandar China dalam tempoh sedekad lalu, industri pembuatan konvensional dan industri strategik baharu meningkat lebih empat kali ganda.

Kumpulan industri strategik baharu seperti perkilangan kelengkapan dan tenaga baharu memperluas ke kawasan pedalaman tengah dan barat dari pesisir laut timur.

Bandar Suining di provinsi Sichuan adalah tempat yang bergantung pada industri tekstil pada sepuluh tahun lalu.


Bagaimanapun, Suining menyaksikan penghasilan 200 kenderaan lengkap sehari dijual ke beberapa banyak tempat di Jalur Ekonomi Sungai Yangtze, serta 28 ribu meter persegi papan litar dibawa ke pesisir laut tenggara dan negara Eropah dan Amerika setiap hari.

Di bandar Guiyang, bahagian barat daya China pula, industri maklumat elektronik, pembuatan kelengkapan canggih dan kereta tenaga baharu berorientasikan data raya dikembangkan di sini sejak 2013, sekali gus menjadi magnet dalam menarik penghijrahan ramai penduduk.

Pada sedekad lalu, sejumlah besar bandar di barat daya China mengalami perkembangan pesat, yang boleh disaksikan menerusi imejan satelit.

 

Sementara itu, strategi negara juga memanfaatkan kawasan pedalaman dalam pembaharuan dan keterbukaan. Apabila matahari terbenam, perubahan ini dilihat dengan begitu jelas melalui sistem penganalisisan data pengesanan jarak jauh, keluasan cahaya pada malam di Xinjiang dan Yunnan menambah lebih 80%.