Persiapan CIFTIS 2022 Beijing Selesai

2022-08-24 12:16:57  CRI
Share with:

Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2022 bakal membuka tirainya di Pusat Konvensyen Kebangsaan China (CNCC) dan Taman Shougang di Beijing, pada 31 Ogos hingga 5 September.

Setakat ini, seramai 189 tetamu kehormat dalam dan luar negara serta 71 negara dan pertubuhan antarabangsa disahkan akan menyertai CIFTIS edisi kali ini, antaranya 10 negara akan mengadakan pameran atas nama negara masing-masing buat kali pertama.

Naib Menteri Perdagangan China, Sheng Qiuping berkata, nilai tambah industri perkhidmatan China meningkat sebanyak 1.49 kali ganda dalam sedekad yang lalu, dan jumlah perkhidmatan import pula menokok lebih USD4 trilion (RM17.9 trilion).

Menurut beliau, kadar peserta antarabangsa yang menyertai CIFTIS edisi ini mencapai 20.8 peratus dengan kehadiran lebih 400 syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 secara fizikal, yang turut meningkat hampir tiga peratus berbanding acara sebelumnya.

“Sebagai pameran perdagangan perkhidmatan komprehensif peringkat kebangsaan dan antarabangsa, CIFTIS kondusif bagi menerajui trend perkhidmatan dan penggunaan China, mempercepatkan pemulihan dan penaiktarafan penggunaan, menyediakan platform promosi dan transaksi kepada perusahaan China, selain membantu perusahaan pelbagai negara menembusi pasaran di negara ini,” ujar Naib Menteri itu.