Budaya dan Pelancongan Pemacu Ekonomi Negara

2022-08-24 15:26:48  CRI
Share with:

Industri budaya dan pelancongan muncul sebagai pemacu baharu kepada pertumbuhan ekonomi China dalam tempoh sedekad lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Industri Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China, Miao Muyang dalam sidang media hari ini berkata, industri berkenaan juga memainkan peranan penting bagi menggalakkan transformasi dan penaiktarafan ekonomi, di samping menjanjikan kehidupan indah untuk rakyat.

Menurut beliau, jumlah syarikat kebudayaan yang berskala besar di China kini meningkat kepada 65 ribu buah daripada 36 ribu pada 10 tahun lalu, dengan pendapatan tahunan yang mencatat RMB 11.9 trilion (RM 7.8 trilion) pada ketika ini.

Setakat akhir 2021, terdapat 42 ribu buah agensi pelancongan, 14 ribu tapak pelancongan berkelas A serta 8,771 hotel berbintang di negara ini.