Sistem Kawalan Vaksin China Lulus Penilaian Pusingan Baharu WHO

2022-08-24 13:33:40  CRI
Share with:


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa memaklumkan bahawa sistem kawalan vaksin China telah diluluskan dalam penilaian pusingan baharu WHO.

 

Menurut Jabatan Pengawalan Produk Ubat-ubatan Negara (NMPA), sistem kawalan vaksin China telah diluluskan sebanyak dua kali iaitu pada 2011 dan 2014, manakala penilaian komprehensif pusingan baharu pula dijalankan setelah WHO menaiktarafkan piawaian penilaian pada Julai lalu.

 

Untuk rekod, penilaian WHO terhadap sistem kawalan vaksin merupakan ujian peringkat antarabangsa yang boleh menilai taraf kawalan vaksin sesebuah negara secara saintifik dan komprehensif.

 

Justeru, syarikat dalam negara hanya akan dibenarkan memohon pensijilan peringkat awal produk vaksin WHO dan dimasukkan dalam senarai pembelian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sekiranya lulus dalam penilaian tersebut.

 

Selain itu, penilaian tersebut juga dijadikan rujukan penting bagi negara-negara untuk membeli produk vaksin.

 

Wakil WHO di China, Gauden Galea menyatakan bahawa penilaian pusingan baharu kali ini lebih ketat berbanding yang terdahulu.

 

“Sistem kawalan vaksin China yang lulus dalam penilaian tersebut memperlihatkan sistem kawalan vaksin di China cukup stabil, serta turut dijangka boleh memastikan kualiti vaksin buatan China mampu dikawal, selamat dan berkesan,” ujarnya.

 

Naib Pengarah Jabatan NMPA, Huang Guo pula berkata, sistem kawalan vaksin di China sentiasa dipergiat dan diperbaiki mengikut piawaian baharu WHO dan taraf canggih antarabangsa sehingga boleh diluluskan dalam penilaian WHO pusingan baharu kali ini.

 

“China akan terus memberi lebih banyak sumbangan untuk terus mendorong vaksin yang mampu milik bagi seluruh dunia terutama negara-negara membangun,” tambah beliau.