2 Maut, 3 Cedera Dalam Kes Tembakan di Washington

2022-08-25 13:27:29  CRI
Share with:

Dua terbunuh, manakala tiga yang lain cedera dalam insiden keganasan senjata api yang berlaku di sekitar sebuah bangunan pangsapuri untuk warga emas di Washington DC, Amerika Syarikat pada Rabu.

Semua mangsa tersebut dilaporkan keturunan Afrika.

Setelah melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai, kedua-dua suspek terbabit memandu sebuah kereta SUV berwarna hitam untuk melarikan diri dari tempatk kejadian.