Xi Utus Tahniah kepada Forum Kerjasama Media China-Afrika

2022-08-25 22:36:15  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Forum ke-5 untuk Kerjasama Media China-Afrika yang berlangsung di Beijing hari ini.

Xi berkata, media China dan negara Afrika memikul tanggungjawab penting dalam meningkatkan rasa saling percaya dan memperkasa kerjasama demi memelihara kedamaian dunia dan menggalakkan pembangunan global.

Beliau berharap media China dan Afrika menyemarakkan semangat persahabatan dan kerjasama untuk menjadi pendorong interaksi sosiobudaya, penjaga kesaksamaan dan keadilan serta penggalak pembangunan global.

“Media kedua-dua pihak juga diharap menceritakan dengan baik kisah China dan Afrika pada era baharu, menyebarkan nilai bersama umat manusia dan menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” kata Xi.