Lagi Bantuan Kecemasan Kemanusiaan untuk Pakistan oleh China

2022-08-25 13:36:47  CRI
Share with:

China mengikut rapat dan menzahirkan simpati atas bencana banjir disebilangan besar kawasan Pakistan yang turut meragut lebih 700 nyawa dan mengakibatkan 300,000 orang kehilangan tempat berteduh.

Mengambil kira situasi semasa, Kementerian Luar China pada Rabu memutuskan untuk menambah lagi barang bantuan kecemasan kemanusiaan pusingan baharu yang meliputi 25,000 khemah.

Difahamkan, ia merupakan tambahan daripada bantuan asal yang disampaikan menerusi kerangka kerjasama Koridor Eknomi China-Pakistan, iaitu 4,000 khemah, 50,000 helai selimut, dan 50,000 unit kanvas kalis air.

Manakala, Persatuan Palang Merah China pula menyediakan bantuan kewangan sebanyak USD300,000 (RM1.345 juta) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan.

Kementerian Luar China dalam kenyataannya memberitahu bahawa kedua-dua negara mempunyai hubungan akrab dan China sentiasa mengingati bantuan Pakistan ketika berlakuya gempa bumi di Wenchuan pada 2008.

China berharap untuk terus mendorong kerjasama bilateral dalam usaha mencegah dan mengurangkan bencana serta menangani perubahan iklim.

“Kami percaya rakyat di kawasan bencana akan mengatasi kesukaran dengan secepat mungkin memulihkan pengeluaran dan kehidupan normal dengan pimpinan kerajaan serta bantuan masyarakat antarabangsa,” ujar kenyataan itu lagi.